" SELAMAT TINGGAL GULA, SELAMAT DATANG STEVIA"
Sejarah Stevia
Pada 1500 tahun yang lalu, orang-orang asli Paraguay yang dikenali sebagai puak Guarani telah menemui suatu pohon yang mempunyai daun yang manis seperti gula. Apabila mereka mengunyah beberapa helai daun tersebut atau mencampurnya kedalam minuman the mereka, daun tersebut telah memberi rasa manis seperti gula (tebu).
Selain dari rasa manis, mereka juga mendapati pokok daun manis ini, yang dikenali sebagai kaa he-he (yang bermaksud “herba manis”), juga mempunyai banyak kegunaan seperti tercatit dibawah:
- Melembutkan kulit
- Membantu menghazam makanan
- Menyuburkan hempedu / pancreas
- Mengimbangi gula dalam darah
- Melicinkan kedutan kulit
- Menyemboh kecacatan, kudis dan luka
Tidak lama kemudian, pokok kaa he-he telah merebak ke negeri jiran seperti Brazil dan Argentina.
Pokok kaa he-he tumbuh dengan banyaknya di America Selatan dan tidak lama kemudian pendatang daripada Europa telah mengetahui mengenai pokok tersebut dan kebaikan nya untuk kesihatan.
Dalam tahun 1887, saorang berbangsa Itali bernama Dr. Moises Santiago Bertoni menjadi direktor Kolej Pertnian di Asuncion, Paraguay.
Doktor tersebut terdengar pemandu tempatan nya becerita mengenai pokok yang anih yang mempunyai ciri-ciri yang menarik. Tetapi beliau tidak pernah melihat pokok tersebut.
Akhirnya, beliau telah menerima sebuah bungkusan berisi daun kaa he-he dari sebuah ladang di Utara dan beliau mengistiharkan penemuan spisis tersebut dalam journal botani. Bertoni namakan pokok tersebut Stevia Rebaudiana untuk menghargai jasa seorang kemis bernama Rebaudi yang telah mengenalpasti komponen manis pokok tersebut.
Setelah diberi nama, kedudukan stevia mula berubah dari pokok asli kepada pemanis seluruh dunia.
Stevia pemanis semula jadi
Sekarang ramai sudah menyedari kehadiran stevia, sejenis tanaman seperti herba yang berfungsi sebagai pengganti gula kerana kemanisan semula jadinya.
Kehadiran pokok tersebut di tengah-tengah kegilaan masyarakat Malaysia kepada rasa manis melampau seakan-akan memberi khabar gembira dan mengurangkan rasa terancam kepada penyakit diabetes.
Bayangkan rakyat Malaysia yang dikatakan ‘gilakan’ kepada manisan– sumber utamanya ialah susu pekat dan gula – merupakan pengguna kelapan tertinggi di dunia dengan jumlah 46.9 kilogram perkapita pada 2005 atau 26 sudu sehari, meningkat daripada 17 sudu pada 2007.
Bagi menambah ‘kemanisan’ fakta-fakta tersebut, rakyat Malaysia merupakan pengidap diabetes keempat tertinggi di Asia yang mana jumlahnya ialah 800,000 pada 2009 dan dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun ini.
Demikian penangan gula dan manisan kepada gaya hidup rakyat Malaysia yang dilaporkan mengalami peningkatan angka masalah obesiti atau kegemukan. Dengan angka-angka tersebut, kecenderungan pengguna kepada usaha penjagaan kesihatan terarah kepada bagaimana rasa manis dapat dikekalkan dalam hidup mereka tetapi pada masa sama, sentiasa sihat.
Tetapi adakah stevia menjadi penyelesaian terbaik ketika ini sehinggakan industri kecil dan sederhana berasaskan pokok tersebut kian bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Selaras dengan teori mudah perniagaan, ada permintaan maka adalah pembekal, maka stevia mula menjadi sebutan sebagai pemanis sihat.
Di Malaysia, kajian mengenai penanaman stevia telah dijalankan sejak 1970-an yang mana seorang pelajar telah berjaya memperoleh ijazah doktor falsafah. Pokok stevia didapati boleh tumbuh di negara ini. Stevia merupakan sumber pemanis semulajadi dan menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori dan sesuai untuk mengurangkan berat badan. Gula pemanis sihat itu lebih manis sehingga 250 kali ke 300 kali berbanding gula biasa.
Dengan pengetahuan baru rakyat Malaysia berkenaan stevia dan pada masa sama kesedaran penjagaan kesihatan semakin meningkat, permintaan kepada pemanis semula jadi itu semakin ketara.
Dengan permintaan yang meningkat, ramai pengusaha telah muncul menawarkan produk masing-masing tetapi yang menjadi masalah ialah bekalan yang sukar diperolehi. Ini mendorong kepada usaha penanaman pokok stevia untuk menampung bekalan supaya tidak terputus.
Setakat ini, terdapat beberapa syarikat yang terlibat dalam pemprosesan yang mengeluarkan produk berasaskan stevia yang di impot. Syarikat Perladangan Daun Manis Sdn. Berhad telah pun memulakan usaha penanaman stevia secara komersial di Selangor, diatas sebidang tanah seluas sepuloh ekar dengan jayanya, serta telah menerima pengitirafan dari MARDI dan Jabatan Pertanian Selangor. Syarikat Perladangan Daun Manis Sdn. Berhad telah mengguna pokok klon yang di hasilkan olih MARDI yang sesuai untuk ditanam di negara ini. Varieti yang dihasilkan ialah MSR007, MSR012, MSR024, MSR024, MSR028 dan MSR029.
Selepas lapan penuaian, jumlah yang diperoleh ialah 11.56 tan sehektar (t/ha) dalam satu tahun berbanding di China (1.3 t/ha), Kanada (2.85 t/ha), Amerika Syarikat (3.6 t/ha), India (4 t/ha) dan Rusia (1.5- 5.5 t/ha) di mana hanya satu tuaian dilakukan.
Pada masa sama, berdasarkan data MARDI, jumlah kandungan pemanis dalam stevia stevioside adalah 10 peratus stevioside dan rebaudioside A sehingga empat peratus.
Pada masa sama, pengeluaran benih stevia melalui bijinya bukan pilihan yang baik di negara ini. Manakala penggunaan keratan sebagai bahan tanaman menunjukkan kejayaan yang amat memberansangkan. Daun kering Stevia yang diimpot dari Chinaharganya adalah RM7 sekilogram. Manakala daun kering stevia dibeli dari peladang diMalaysia dengan harga RM5 sekilogram. Berdasarkan kajian awal daripada lapan atau sembilan tuaian setahun pendapatan kasar yang diperoleh ialah RM77,000 setahun.
Olih itu masih banyak perlu dilakukan dalam usaha menambah baik industri penanaman stevia di negara ini. Setakat ini pengusaha tempatan kebanyakan mengimport dari luar negara dan antara pengeluar utama ialah China, India, Brazil, Kanada dan Rusia. Sesetengah syarikat juga mempunyai kontrak perladangan stevia dari negara luar terutama Thailand, Vietnam, Indonesia, Laos, China dan Paraguay.
Tahun 2010 bermula dengan amat baik dengan keputusan kerajaan Malaysia untuk mengurangkan sabsidi gula. Akhirnya kerajaan telah mengambil tindakan drastic untuk mengajar rakyatnya mengenai penjagaan kesihatan
Mengurangkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan pelbagai komplikasi lain dalam masyarakat kita akan menjimatkan wang kerajaan dan menjana ekonomi Negara kita.
Selain dari pengetahuan kesihatan, kerajaan Malaysia patut menyokong industri yang berkaitan dengan ubatan pencegah seperti pemanis asli stevia. Dengan sokongan kerajaan, produk kesihatan seperti pemanis stevia digunakan olih semua rakyatMalaysia. Semua jenis produk yang mencegah penyakit patut digalakan penggunaan nya di Malaysia.
Mainisan lebah, sirap dan jus pekat adalah mengandungi 60% hingga 70% gula, tapi kita mengguna manisan lebah dalam teh kita mengganti gula. Samaada anda guna gula, manisan lebah atau sirap dalam teh anda, anda mesti sedar yang tindakan itu tiada membawa sebarang perbezaan.
POTENSI STEVIA DI MALAYSIA
Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata MARDI banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula. “Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.
Banyak kerajaan negeri bercadang untuk menanam Stevia, sejenis tanaman herba renek yang semakin popular di beberapa negara luar kerana ia dikatakan boleh menggantikan penggunaan gula, secara komersial.
Ia bukan sahaja dapat menggantikan penggunaan gula dalam minuman dan makanan tetapi akan menjadi sumber pendapatan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat, seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Tidak perlu kawasan yang luas untuk mengusahakan tanaman ini, kerana ia boleh ditanam di belakang rumah. Dalam satu ekar tanaman Stevia boleh menghasilkan 1 tan metrik daun kering yang boleh dijual RM5,000 untuk satu tuaian. Dalam satu ekar boleh dituai sembilan hingga sepuloh kali setahun.
Walaupun ia merupakan satu tanaman baru di negara ini, Stevia sebenarnya sudah ditanam di beberapa negera seperti Kanada, Australia, Amerika Selatan, China, India, Taiwan, Korea dan Thailand. Kini Stevia semakin popular sebagai pengganti kepada gula, dan mula ditanam di banyak negara. Adalah dijangkakan lebih banyak negera termasuk Amerika Syarikat akan meningkatkan penggunaan Stevia dimasa hadapan.
Pada tahun 2008 terdapat dua persidangan berkaitan tanaman Stevia ini iaitu Stevia World Shanghai pada 14 Mei 2008 dan Stevia World Europe pada 18 November 2008. Disini jelas menunjukkan bahawa tanaman jenis ini mempunyai impak yang penting kepada dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Di Jepun penggunaannya sudah meningkat kepada 50 peratus dan hari ini pasaran Stevia di dunia membabitkan urusan niaga lebih RM 1.9 billion.
Stevia diluluskan oleh Generally Recognized As Safe dan Food and Drug Administration America ( FDA ) pada 17 Disember 2008.
Penanaman stevia bolih membantu membasmi kemiskinan kepada ibu tunggal dan graduan menggangur. Dijangka pada 2015, dunia akan mendapat keuntungan sebanyak RM 63 billion hasil daripada penanaman Stevia sebagai alternatif untuk menggantikan gula.
Belia Digalak Ceburi Kerjaya Perladangan. Belia lepasan sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi serta pencari kerja digalak menceburi kerjaya dalam sektor perladangan komoditi, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Agensi di bawah seliaan KPPK iaitu MPOB, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Lembaga Lada Malaysia
Kegunaan stevia dalam bidang perubatan
• Ubat gigi, cecair kumur mulut - anti plak
• Penjagaan kulit - ekzema dan mengawal jerawat, agen cepat sembuh
• Makanan pesakit Diabetik dan program kurangkan berat badan
• Merawat Hypertensi dan mengawal tekanan darah
• Penentang kalsium berlebihan
• Anti Baktiria
• Mengurangkan merokok
• Penambah kepada Pil dan kapsul untuk menghilangkan rasa pahit
7) Kegunaan Produk Stevia dan Ekstrak
• Pemanis minuman - seperti teh, kopi dan minuman
• Minuman ringan, kodial, jus buah-buahan
• Ice krim, dadih, sherbets/jus buah-buahan
• Pastri, pai, kek
• Jem, sos, jeruk
• Jeli, desserts
• Chewing gum
• Kendi, confectioneries
• Makanan Laut, sayuran
• Weight-watcher diets
• Makanan/Dait Diabetik
• Peningkat mutu Perasa, warna dan bau
• Sumber antioxidan
• Peningkat mutuMinuman Arak (agen pemerapan dan katalis)